KANTOI ! Pekerjaan Sebenar Pengantin Lelaki Rupanya Bukan Pengawal Keselamatan ! Rupanya..

KUALA LUMPUR
-
Meskipun penjelasan dari pihak sebelah perempuan yang memetik kenyataan
dari Imam Masjid Khadijiah telah dikongsikan, namun netizen masih juga
tidak percaya dan menyalahkan pihak pengantin perempuan.
Ekoran
itu, tampil ibu saudara dan kenalan rapat pengantin perempuan
memberikan penjelasan dan menafikan laporan awal Kosmo! yang kononnya
pengantin lelaki tidak bersalah.
"Begini, soal yang bergaduh itu sebenarnya bukan kerana duit hantaran. Punca sebenar pergaduhan itu adalah kerana mas kahwin.
"Nak
kahwin tetapi mas kahwin pun tak ada, kau rasa? Selepas itu, bila
sebelah perempuan ini bertanya, dia pula (pengantin lelaki) boleh pula
memaki hamun mak ayah pengantin perempuan. Tak ke kurang ajar?
"Imam
masjid pun cakap, puncanya sebab dia (pengantin lelaki) yang bercakap
kurang ajar terlebih dahulu. Dia yang ajak bergaduh dulu. Takkanlah
sebelah perempuan nak tengok sahaja kan?" kata Azrah Ayu Ohtman.
Menurut
saudara rapat pengantin perempuan, Wanie Azwani, berkata, bukan sahaja
mas kahwin tidak disediakan, malah lelaki itu sendiri sebenarnya tidak
bekerja.
"Kami
bertanya tentang duit mas kahwin, lelaki itu boleh cakap tak ada. Tak
terperanjat dibuatnya? Isu baki RM5,000 itu memang kami sudah berbincang
sebelum ini dan bertolak ansur. Ini mas kahwin pun dia tak ada, apa
cerita? Lepas itu, nak bersikap kurang ajar lagi?
"Nak
kahwin sebab suka sama suka. Sebab itu pengantin perempuan rahsiakan
yang lelaki ini tak bekerja dan kaki pukul orangnya. Tetapi Allah
bukakan mata dia di masjid itu dengan menunjukkan lelaki itu tidak
hormat pada ibubapanya.
"Sambil
menangis, pengantin perempuan meminta pernikahan itu dibatalkan tanpa
hasutan dari mana-mana pihak walaupun persiapan semua telah disiapkan,"
kata Wanie.
0 comments